Selamat Datang Ke Blog Usahawan LG 2020 | Info Lanjut Sila Hubungi 0123854400 (Admin)

 Sila baca dulu bagi faham sebelum anda membuat keputusan. Jangan lepaskan peluang ini kerana semua bisnes yang akan datang kepada anda pasti perlu keluarkan modal. Cuma anda kena faham, bagaimanakah perjalanan program ini. Bagaimana anda buat duit dan LG mendapat untung?. Bila anda dah faham baru anda boleh buat tindakan selanjutnya iaitu buat duit.

 APA YANG ANDA TAHU TENTANG LG? 


LG adalah sebuah syarikat elektrik terkemuka dari Korea yang telah lebih 68 tahun berada di pasaran. Produk LG sudah terkenal seantero dunia antaranya peti ais, mesin basuh, aircond, televisyen, telefon bimbit dan sebagainya. Produk LG sememangnya berkualiti dan menggunakan teknologi terkini. Ramai pengguna barangan LG berpuas hati sejak sekian lama. 


Sebelum ini, jika anda nak dapatkan produk LG anda terpaksa ke kedai elektrik yang berhampiran dengan anda. Jika anda perkenalkan kepada rakan-rakan, anda tidak akan dapat apa-apa komisyen daripada kedai terbabit atau pun LG sendiri. 

 APA YANG DITAWARKAN PROGRAM INI? 


Bermula pada bulan Julai 2019 LG telah memperkenalkan program usahawan ini untuk memasarkan dua produk baru mereka dibawah LG Puricare. Bonus dan komisyen yang cukup lumayan ditawarkan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan ini. 



Dengan program yang ditawarkan ini, anda akan menerima komisyen RM720 untuk seorang usahawan baru, RM1,940 untuk dua orang dan RM7,600 untuk lima orang usahawan yang ingin menyertai program ini. Paling menarik mereka tidak perlu keluarkan sebarang modal, hanya perlu mengikuti beberapa terma dan syarat penting yang telah ditetapkan LG.

Memang meletop dan berbaloi. Bayangkan, orang tak keluar duit modal anda dapat duit. Itu baru lima orang RM7,600. Info lebih lanjut, sila rujuk jadual gambarajah dibawah:



Tapi jika anda orang yang jenis buat duit dan "memburu wang" dan ada ramai kawan-kawan yang dah tak ada modal tapi masih ada semangat untuk jana pendapatan dan buat income tambahan, maka pasti lebih banyak bonus dan komsiyen yang akan anda perolehi sebenarnya. Tapi, kami meletakkan KPI atau Target Five (5) kepada semua usahawan  yang menyertai program ini.

 SYARAT PENYERTAAN USAHAWAN LG? 


Anda yang berminat dan berhasrat untuk menjana pendapatan dengan projek usahawan LG ini perlulah memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan iaitu warganegara Malaysia berumur 18 hingga 70 tahun sahaja. Tidak muflis atau terbeban dengan hutang CCRIS / CTOS yang tinggi terutamanya yang berkaitan dengan pinjaman barangan elektrik. Anda juga mestilah mempunyai akaun dan kad bank yang sah. 
Sekiranya anda layak dan memenuhi syarat di atas, barulah pendaftaran anda akan diuruskan oleh pihak kami. Anda perlu menghantar maklumat yang diperlukan berserta dengan dokumen  yang berkaitan iaitu gambar IC muka depan dan kad bank muka depan belakang untuk tindakan selanjutnya.


Maklumat lain yang diperlukan ialah seperti nama, alamat, no telefon, status perkahwinan, nombor akaun bank, nombor kad bank, tarikh luput kad bank dan email. Segala maklumat ini akan dihantar melalui whatsapp untuk memudahkan urusan.

 BAGAIMANA LG DAPAT UNTUNG ? 


Setiap usahawan yang berdaftar, secara tidak langsung akan menandatangni kontrak dengan pihak LG untuk tempoh 3 + 2 tahun. Dengan konrak ini apa yang anda dapat sebenarnya?. Anda akan dapat dua benda iaitu pertamanya lot bisnes dari LG yang mana anda boleh buat duit 4-5 angka setiap bulan dengan kadar sewaan RM240 sebulan. Kadar ini lebih murah dari anda menyewa kedai atau premis perniagaan dengan pihak PBT (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya). Apa yang penting anda tidak perlu membayar gaji pekerja, bil air, letrik dan permit perniagaan. 
Anda boleh buat duit ribu-ribu setiap bulan, tapi LG hanya untung sewaan RM240 yang anda bayar sahaja. Selama tempoh sewaan anda juga akan diberi dua produk (Combo) untuk digunakan. Anda kini menjadi testimoni produk LG iaitu Water Purifier dan Air Purifier. Guna sebaik mungkin dan pihak LG akan membuat servis setiap tiga bulan sekali selama tempoh penggunaan. Bila tamat 3 tahun (36 bulan) anda boleh pulangkan produk atau tukar produk lain. Jika anda pulangkan maka anda tidak perlu lagi membayar sewaan lot usahawan RM240 itu tadi. Namun, jika anda mahu sambung sewaan selama dua tahun lagi maka LG dengan bangganya akan memberi terus dua produk itu tadi secara percuma kepada anda.Buat duit dapat, produk LG pun anda dapat sebenarnya.


 BUKTI DAN TESTIMONI PENDAPATAN 

Paling menarik, pendapatan yang diperolehi oleh setiap usahawan dibayar oleh LG ELECTRONIC'S (M) SDN BHD iaitu syarikat yang berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK). Maka itu semua pihak tidak perlu risau tentang perjalanan program ini kerana ia bukanlah skim cepat kaya, pengubahan wang haram, pelaburan internet dan sebagainya. Perniagaan ini sah dari segi undang-undang negara kita. Di bawah ini bukti bayaran pendapatan komisyen dan bonus yang dibayar.




Anda malahan boleh mencipta pendapatan yang lebih lumayan setiap bulan dengan LG, asalkan anda sanggup membayar komitmen RM240 setiap bulan. LG akan membuat auto-debit dari akaun bank anda pada 1 hingga 10 haribulan berikutnya. Sedangkan anda mendapat bayaran pada 20 atau 21 haribulan. Makanya, anda perlu tinggalkan baki minima RM240 untuk membolehkan LG mengambil hak mereka. Sekiranya berlaku tunggakan, komsiyen anda akan ditangguhkan sehingga bayaran tunggakan diterima dahulu, baru dilepaskan (release). Dibawah ini lagi contoh pendapatan yang lebih besar yang diterima daripada usahawan LG seluruh negara. Kini terpulang kepada anda untuk menentukan berapakah pendapatan yang mahu anda buat setiap bulan dengan LG.


 INGAT !! KOMITMEN BULANAN RM240 


Amda boleh buat duit seberapa banyak yang anda inginkan. Namun, ingatlah anda juga jangan lupa untuk menunaikan tanggungjawab dan hak LG iaitu RM240 setiap bulan. Biar kita berniaga dalam keadaan "win win situation", kita untung buat duit dan LG juga mendapat keuntungan berpanjangan. Barulah perniagaan ini boleh kekal lama dan jadi kerjaya anda untuk masa depan. Jangan sesekali bersikap acuh tak acuh dengan tanggungjawab ini, kerana ia boleh menyebabkan komisyen dan bonus anda pending setiap bulan (selagi belum buat bayaran).